MAKLUMAN
MAKLUMAN PENUTUPAN PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME) / MYHOME 2.0
Dimaklumkan bahawa permohonan baharu (pembeli rumah) dan permohonan projek (pemaju) bagi Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) / MyHome 2.0 ditutup mulai 12 November 2020 (Khamis).
Tuntutan bayaran yang diterima oleh Jabatan ini sebelum 17 November 2020 (Selasa) sahaja yang akan diproses.
Pemohon atau pemaju yang telah berdaftar di dalam SPRN masih boleh log masuk ke dalam sistem bagi melihat status permohonan /status tuntutan bayaran sahaja.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Perumahan Negara, KPKT