PENGENALAN
Jabatan Perumahan Negara (JPN) merupakan Jabatan pelaksana bagi agenda perumahan negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
JPN berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan dan kawal selia hartanah dan juga menjadi agen bagi memperkasa industri hartanah yang berteraskan persekitaran (environmental), sosial (social) dan tadbir urus (governance) [ESG].
Fungsi JPN juga adalah termasuk :
Produk-produk yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara adalah :
LATAR BELAKANG SISTEM BANK DATA PERUMAHAN NEGARA (TEDUH)
Sistem Bank Data Perumahan Negara (TEDUH) adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu komponen dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program atau skim perumahan.
TEDUH juga merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam usaha menyediakan saluran rasmi yang inklusif bagi maklumat perumahan awam dan swasta kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun, agensi pembiayaan perumahan dan pemaju swasta.