Dasar Privasi Aplikasi

PRIVASI

Aplikasi Mudah Alih JPN, TEDUH (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh JPN kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Huawei App Gallery, Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Aplikasi ini mengumpul data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran capaian ke sistem aplikasi.

Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut :

  • Nombor kad pengenalan
  • Kata Laluan Log Masuk Sistem yang berdaftar

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari masa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada teduh@kpkt.gov.my