JPN adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). JPN memainkan peranan yang penting bagi memastikan pembangunan sektor perumahan yang sempurna, berkualiti dan lebih teratur untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
JPN turut melaksanakan fungsi regulatori dengan memantau dan memastikan kepatuhan sesuatu pemajuan perumahan swasta berdasarkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] memproses dan meluluskan permohonan Lesen Pemajuan Perumahan & Permit Iklan dan Jualan (APDL) kepada pemaju-pemaju perumahan swasta seterusnya memantau semua projek perumahan swasta yang berlesen sehingga pembinaan siap dan diserahkan kepada pembeli mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli.
Skim Perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara adalah:
Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia.
Di antara highlights TEDUH adalah seperti berikut ;
SPRN adalah gerbang ‘one-stop centre’ permohonan perumahan bagi memudahkan rakyat mengakses dan mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh JPN
Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Pemohon dan pasangan hendaklah:
Kadar sewa RM124.00 sebulan
SPP menawarkan pinjaman berjumlah RM60,000 kepada kumpulan sasar untuk membina rumah sendiri. Tempoh bayaran balik adalah sehingga 35 tahun tertakluk kepada umur peminjam ketika permohonan. Pinjaman yang diluluskan akan dikenakan caj perkhidmatan tahunan sebanyak 2%.
Pemohon dan pasangan hendaklah: