Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976
Tujuan
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri
Rasional
Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.
Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini
Syarat-Syarat SPP
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat Pinjaman
Syarat Pinjaman Generasi Kedua
Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
Syarat Cagaran Tanah
Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
Syarat Pembinaan Rumah
Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
Sumber Pinjaman
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP).
Maklumat Perhubungan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Cawangan Pembiayaan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my