TEDUH

Sistem Bank Data Perumahan

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN

teduh.kpkt.gov.my

BM EN A- A A+


___

A-
A
A+

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT DIMILIKI (PPR Dimiliki)

MAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

LATAR BELAKANG

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

PROJEK PPR (DIMILIKI)

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-ciri PPR

Syarat-Syarat Permohonan

HUBUNGI KAMI

Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Melalui emel
Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my

Lihat senarai projek
Hak Cipta Terpelihara 2019. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Sesuai dipapar menggunakan Chrome versi terkini dengan paparan 1280x800.